GAYA KEIBUBAPAAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SITI NUR
GAYA KEIBUBAPAAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SITI NURSHAHIZAN BINTI RAZALI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2014 vi KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i ABSTRAK v KANDUNGAN vi SENARAI RAJAH x SENARAI JADUAL xi SENARAI LAMPIRAN xiii SENARAI SINGKATAN xiv BAB 1 PENGENALAN 1 1. 1 Pendahuluan 1 1. 2 Latar Belakang Masalah 3 1. 3 Penyataan Masalah 6 1. 4 Objektif Kajian 7 1. 5 Persoalan Kajian 7 1. 6 Hipotesis Kajian 8 1. 7 Kepentingan Kajian 8 1. 8 Skop Kajian 10 1. 9 Batasan Kajian 10 1. 10 Kerangka Konsep 11 1. 11 Definisi Istilah 12 1. 12 Kesimpulan 14 vii BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pencapaian Akademik Pelajar 15 2.3 Gaya Keibubapaan Mempunyai Pengaruh Besar 16 Ke Atas Kehidupan Anak-anak 2.4 Hubungan Gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian 20 Akademik Pelajar 2.5 Jenis-Jenis Sekolah 24 2.5.1 Sekolah Di Kawasan Bandar 26 2.5.2 Sekolah Di Luar Bandar 29 2.6 Teori Keibubapaan 32 2.7 Gaya-gaya Keibubapaan 33 2.7.1 Konsep Model Gaya Keibubapaan Baumrind 34 2.7.2 Konsep Maccoby Dan John Martin 37 2.8 Ciri-Ciri Gaya Keibubapaan 41 2.8.1 Ciri-ciri Gaya Autoritatif 41 2.8.2 Ciri-ciri Gaya Autoritarian 42 2.8.3 Ciri-ciri Gaya Permisif 43 2.9 Kesimpulan 44 BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN 45 3.1 Pendahuluan 45 3.2 Reka Bentuk Kajian 46 3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 46 3.4 Lokasi Kajian 48 3.5 Instrumentasi Kajian 49 3.5.1 Bahagian I :Maklumat Latar Belakang Responden 49 3.5.2 Bahagian II : Gaya Keibubapaan 50 3.6 Kajian Rintis 52 3.7 Kaedah Pengumpulan Data 53 3.8 Prosedur Kajian 55 3.9 Penganalusian Data 59 3.9.1 Statistik Deskriptif 59 viii 3.9.2 Statistik Inferensi 60 3.9.2.1 Skewness dan Kurtosis 60 3.9.2.2 Koefisien Kolerasi Hasil Momen Pearson 60 3.10 Kesimpulan 62 BAB 4 ANALISIS DATA 63 4.1 Pengenalan 63 4.2 Kebolehpercayaan Kajian 64 4.3 Analisis Data 65 4.4 Analisis Bahagian I 66 4.4.1 Jantina 66 4.4.2 Bangsa 67 4.4.3 Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 67 4.5 Analisis Bahagian II : Gaya Keibubapaan 68 4.5.1 Analisis gaya autoritatif yang diamalkan 69 dalam kalangan ibu bapa / penjaga 4.5.2 Analisis gaya autoritarian yang diamalkan 72 dalam kalangan ibu bapa / penjaga 4.5.3 Analisis gaya permisif yang diamalkan dalam 75 kalangan ibu bapa / penjaga 4.5.4 Gaya keibubapaan yang dominan diamalkan 78 oleh ibu bapa / penjaga kepada pelajar 4.5.5 Analisis hubungan di antara gaya keibubapaan 81 dengan pencapaian akademik pelajar 4.6 Kesimpulan 85 BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 87 5.1 Pengenalan 87 5.2 Perbincangan 88 5.2.1 Maklumat Peribadi Responden 89 5.2.2 Sejauhmanakah gaya autoritatif yang diamalkan 90 dalam kalangan ibu bapa/ penjaga terhadap pelajar? 5.2.3 Sejauhmanakah gaya autoritarian yang 92 ix diamalkan dalam kalangan ibu bapa terhadap pelajar? 5.2.4 Sejauh manakah gaya permisif yang diamalkan 95 dalam kalangan ibu bapa/ penjaga terhadap pelajar? 5.2.5 Apakah gaya keibubapaan yang paling 97 dominan diamalkan oleh ibu bapa/ penjaga terhadap pelajar? 5.2.6 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 99 gaya autoritatif dan dengan pencapaian akademik pelajar? 5.2.7 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 100 gaya autoritarian dengan pencapaian akademik pelajar? 5.2.8 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 101 gaya permisif dengan pencapaian akademik pelajar? 5.3 Kesimpulan 103 5.4 Cadangan 104 5.5 Cadangan untuk kajian akan datang 105 5.6 Penutup 106 RUJUKAN 107 LAMPIRAN 117 x SENARAI RAJAH Rajah 1.1 : Kerangka Konsep 11 Rajah 3.1 : Kerangka Operasi Kajian 55 xi SENARAI JADUAL Jadual 3.1 : Populasi dan Sampel Kajian 48 Jadual 3.2 : Ringkasan soal selidik bagi bahagian II 50 Jadual 3.3 : Pembahagian item soalan mengikut konstruk kajian 51 Jadual 3.4 : Skala Likert 51 Jadual 3.5 : Bilangan borang soal selidik yang diedarkan dan 54 dikumpulkan Jadua. 3.6 : Tahap Kecenderungan Min 56 Jadual 3.7 : Kaedah analisis data 57 Jadual 3.8 : Pekali kolerasi hubungan positif 59 Jadual 3.9 : Pekali kolerasi hubungan negatif 60 Jadual 4.1 : Alpha Cronbach bagi kajian rintis setiap konstruk 64 Jadual 4.2 : Alpha Cronbach bagi setiap konstruk 65 Jadual 4.3 : Bahagian set soal selidik 65 Jadual 4.4 : Bilangan responden mengikut sekolah 66 Jadual 4.5 : Bilangan responden mengikut bangsa 67 Jadual 4.6 : Klasifikasi pencapaian akademik 68 Jadual 4.7 : Pengkelasan pencapaian akademik responden 68 Jadual 4.8 : Bilangan dan susunan item mengikut 69 konstruk gaya keibubapaan Jadual 4.9 : Skor min bagi gaya autoritatif 70 Jadual 4.10 : Skor min baga gaya autoritatif mengikut sekolah 71 Jadual 4.11 : Skor min bagi gaya autoritarian 73 Jadual 4.12 : Skor min baga gaya autoritarian mengikut sekolah 74 Jadual 4.13 : Skor min bagi gaya permisif yang di amalkan dalam 76 kalangan ibu bapa/ penjaga. Jadual 4.14 : Skor min baga gaya permisif mengikut sekolah 77 Jadual 4.15 : Skor min bagi gaya keibubapaan 79 xii Jadual 4.16 : Skor min mengikut kategori pencapaian akademik pelajar 80 Jadual 4.17. : Keputusan bagi ujian normaliti setiap konstruk 81 Jadual 4.18 : Hubungan gaya autoritatif dengan pencapai pelajar 82 Jadual 4.19 : Hubungan gaya autoritarian dengan pencapaian pelajar 83 Jadual 4.20 : Hubungan gaya permisif dengan pencapaian pelajar 84 Jadual 4.21 : Dapatan Kajian bagi persoalan pertama, dua, tiga 85 dan empat Jadual 4.22 : Dapatan kajian persoalan lima, enam dan tujuh 86 xiii SENARAI LAMPIRAN A Carta Gant Projek Sarjana B Jadual Krejie & Morgan C Borang Soal Selidik D Pengesahan Soal Selidik E Analisis E1 Analisis Kajian Rintis E2 Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar E3 Analisis Demografi E4 Analisis Skor Min Item E5 Analisis Ujian Normaliti E6 Analisis Ujian Kolerasi Pearson F Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian xiv SENARAI SINGKATAN MRSM Maktab Rendah Sains Mara SMK Sekolah Menengah Kebangsaan SMJKC Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina SMJKT Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil IPTA Institusi Pengajian Awam IPTS Institusi Pengajian Swasta PMR Penilaian Menengah Rendah SPSS Statistical Packages for Science Sosial RMT Racangan Makanan Tambahan KPM Kementerian Pendidikan Malaysia BAB 1 PENGENALAN 1. 1 Pendahuluan Pencapaian yang baik dalam pelajaran bukan hanya menjadi impian setiap pelajar malahan ia juga merupakan harapan setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Pelajar yang berjaya juga merupakan aset negara yang akan menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan serta infrastruktur di semua sekolah seluruh Malaysia seperti pusat sumber, bilik bacaan, perpustakaan bergerak dan sebagainya. Kemudahan sedemikian diwujudkan bagi menggalakkan para pelajar membaca serta meningkatkan ilmu pengetahuan mereka agar menjadi insan yang berwawasan. Kerajaan juga telah menyediakan kemudahan pinjaman buku teks kepada semua pelajar, bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di peringkat sekolah rendah dan pelbagai bantuan lain bagi menyediakan keselesaan kepada para pelajar menimba ilmu pengetahuan seterusnya memperolehi pencapaian yang cemerlang (Royo, 2011). Sudah pasti setiap ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta agama. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian pelajar iaitu guru, ibu bapa, diri sendiri dan yang terakhir rakan sebaya (Salleh, 2012). Guru merupakan inspirasi para pelajar untuk memotivasikan diri agar terus berusaha bagi mencapai kejayaan (Winkel, 1996). 2 Maka tidak hairanlah sekiranya guru menjadi salah satu faktor yang paling mempengaruhi pencapaian akademik pelajar kerana guru merupakan tulang belakang pelajar yang banyak mengatur strategi dalam pembelajaran mereka. Pihak sekolah dan guru telah membelanjakan ratusan wang ringgit dengan mengadakan seminar untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Walaupun pada era globalisasi yang serba canggih ini dimana maklumat hanya berada di hujung jari, tetapi para pelajar masih menganggap guru sebagai medium utama bagi mereka memperolehi ilmu pengetahuan. Selain daripada guru yang dilihat mampu mempengaruhi pencapaian pelajar, faktor diri sendiri juga turut menyumbang dalam pencapaian akademik para pelajar. Ini dapat dilihat dari aspek dorongan motivasi guru dan ibu bapa. Manakala faktor rakan sebaya pula akan terjadi apabila seseorang pelajar itu memperolehi kejayaan yang dipengaruhi oleh pencapaian rakannya yang lain (Quek, 2006). Di alam pendidikan ini, ibu bapa juga merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar (Yahaya, 2008). Hal ini jelas kerana ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam pembentukan dan perkembangan anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi sehingga mereka meningkat dewasa. Anak yang baru lahir merupakan sehelai kain putih yang bersih dan menjadi tugas ibu bapa mereka untuk mencorakkan mereka dari segi perkembangan personaliti, sahsiah dan peribadi anak itu (Brahim, 2002). Ini kerana corak perhubungan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Gaya keibubapaan yang diamalkan terhadap anak-anak akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka tanpa mengira status sosioekonomi mereka (Hill, 2001 ; Jackson, 2002). Sehubungan dengan itu, ibu bapa merupakan agen utama dalam proses mensosialisasikan anak-anak mereka. Gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan dan tingkah lakunya. Dalam usaha membentuk sikap anak-anak, ibu bapa tidak boleh mengawal sepenuhnya tingkah laku mereka kerana ia boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kedua-dua belah pihak (Hassim, 2012). Ibu bapa merupakan role model untuk anak-anak mereka. Anak-anak akan mengikuti tabiat serta tingkah laku ibu bapa mereka sekiranya mereka dibesarkan dalam suasana yang kurang bermoral. Contohnya, ibu bapa yang bersikap negatif seperti memiliki uploads/Litterature/ rujuk-siti-nurshahizan-binti-razali-24 1 .pdf
Documents similaires
-
26
-
0
-
0
Licence et utilisation
Gratuit pour un usage personnel Attribution requise- Détails
- Publié le Fev 06, 2022
- Catégorie Literature / Litté...
- Langue French
- Taille du fichier 0.6388MB