JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL.1) 2020 140 PENGGUNAAN PERISIAN APLI
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL.1) 2020 140 PENGGUNAAN PERISIAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MENINGKATKAN INTEGRASI DOMAIN PEMBELAJARAN DALAM KARYA MURID BELAJAR GAYA VISUAL (THE USE OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY APPLICATION SOFTWARE ENHANCES LEARNING DOMAIN INTEGRATION IN VISUAL STYLE STUDENT ART WORKS) 1Siti Hayati bin Hj Mohd Yusoff 2Halim bin Husain 1-2Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, MALAYSIA 1 Corresponding author:sitihayati@ipgmipoh.edu.my ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam instruksional guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah yang memberi impak terhadap peningkatan integrasi domain pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual berdasarkan hasil karya mereka. Secara tidak langsung melihat sama ada guru mempraktiskan perisian aplikasi TMK sebagai amalan terbaik dalam proses pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan dokumentasi karya murid. Kajian ini dilakukan terhadap lapan orang murid sekolah rendah dan empat orang guru Pendidikan Seni Visual. Hasil kajian menunjukkan pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang menggunakan perisian Tux Paint, Adobe Photoshop dan Paint Tool SAI telah mencetuskan satu inovasi dalam pengajaran dan meningkatkan integrasi domain pembelajaran murid melalui karya yang dihasilkan berdasar gaya belajar visual. Perisian aplikasi TMK dalam mata pelajaran PSV sebagai amalan terbaik untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna ke arah kemenjadian murid sejajar dengan Pendidikan Abad Ke-21. Kata kunci: Perisian aplikasi TMK, integrasi domain pembelajaran, gaya belajar visual. ABSTRACT This study aims to identify information and communication technology (ICT) application software in the instruction of Visual Arts Education teachers in primary schools that have an impact on improving the integration of learning domains among students who have a visual learning style based on their art work. Indirectly, teachers practice ICT application software as JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL.1) 2020 141 a best practice in the learning process. This study uses a qualitative approach. Data were collected using interview methods, observations and documentation of student art work. The study was conducted on eight primary school students and four Visual Arts Education teachers. The results showed that the teaching of Visual Arts Education teachers using Tux Paint software, Adobe Photoshop, Paint Tool SAI has sparked an innovation in teaching and improving the integration of student learning domains through art works produced based on visual learning style. ICT application software in PSV subjects as a best practice to make learning more meaningful towards becoming a student who is more efficacious with 21st Century Education. Keywords: ICT applications software, learning domain integration , visual learning style. PENGENALAN Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dapat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Menurut Gustafson dan Branch (2007) pada hari ini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998). Ia memberi sumbangan kepada pembangunan sesebuah negara. Dalam aspek pendidikan masa kini, perisian aplikasi TMK media teknologi maklumat dan komunikasi menjadi pendekatan untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid. Para pendidik perlu menggunakan pendekatan yang menerapkan kemahiran TMK dalam proses pengajaran. Teknologi ini diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Integrasi perisian aplikasi TMK dalam dunia pendidikan memberi sumbangan yang tinggi dalam pembentukan jati diri murid selain mempunyai ilmu pengetahuan. Perisian aplikasi yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti seni seperti perisian Tux Paint, Paint Tool SAI, Art Rage 5, Adobe Photoshop dan Paint. Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007), dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan aplikasi teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi satu budaya pada masa kini. Penggunaan aplikasi teknologi ini dilihat dapat menarik minat murid dalam mencari maklumat tambahan semasa pembelajaran dan pengajaran (PdP). JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL.1) 2020 142 Antara tujuan PdP Pendidikan Seni Visual (PSV) dengan menggunakan perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai BBM adalah untuk meningkatkan persepsi murid yang tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam bilik seni dengan kaedah konvensional sahaja tetapi juga perlu dikembangkan dan divariasikan dalam aktiviti yang mampu menarik minat dan motivasi murid terutamanya yang berada di sekolah rendah. Pembelajaran PSV di sekolah menekankan kepada proses pemerolehan pengetahuan, menzahirkan perasaan dan penyataan yang semuanya berlaku menerusi deria murid. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan pengajaran dan pembelajaran berteknologi dilaksanakan. Secara tidak langsung akan memperlihatkan sama ada penggunaan media TMK sebagai BBM dipraktiskan sebagai amalan terbaik dalam PdP guru. Rusmini Ku Ahmad (2012), menyatakan bahawa melalui integrasi TMK beberapa perubahan dan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid. Dalam hal ini murid menjadi lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Penyataan Masalah Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan perisian aplikasi TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual sebagai satu wadah dalam PdP yang menyumbang kepada satu inovasi. Kajian Rozinah Jamaludin (2005) mendapati cara penyampaian guru mengajar juga antara punca murid kurang berminat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru menggunakan pendekatan syarahan berbanding kaedah cuba jaya atau penerokaan untuk aktiviti semasa pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Jika diperhalusi, ini menunjukkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak mengamalkan satu model pembelajaran bermakna sebagai asas keberhasilan dan kemenjadian murid, terutama kepada murid yang mempunyai gaya belajar visual. Murid gaya belajar visual cenderung kepada ketajaman penglihatan. Mereka melihat secara visual untuk mencari tahu dan kefahaman tentang sesuatu perkara. Kecerdasan visual menunjukkan kebolehan untuk berfikir secara gambaran, bentuk dan corak. Mereka cenderung mempunyai kebolehan membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Pengetahuan yang kurang dalam perisian aplikasi TMK semasa PdP PSV disebabkan sebelum ini guru-guru hanya menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti peribadi mereka seperti tradisi tugas dengan alaf baharu iaitu penggunaan komputer untuk tugasan pentadbiran. Memandangkan tahap pengetahuan yang lemah dan sederhana mengakibatkan JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL.1) 2020 143 guru di peringkat penyesuaian tidak cenderung untuk mengarahkan pelajar kepada mengeksplorasi kegiatan dalam bidang seni melalui penggunaan TMK. Justeru kebanyakan kegiatan seni dilakukan menggunakan kaedah konvensional untuk mengatasi kekurangan guru yang tidak mempunyai pengetahuan tinggi dalam TMK. Aplikasi teknologi dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual boleh meningkatkan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid dalam melaksanakan aktiviti. Keberkesanan PdP sangat penting ke arah pembelajaran bermakna dengan menerapkan penguasaan kemahiran kendiri murid. Objekif Kajian i. Mengenalpasti reka bentuk instruksional guru Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian aplikasi TMK. ii. Menjelaskan perisian aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan integrasi pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual berdasar hasil karya. Soalan Kajian i. Bagaimanakah reka bentuk instruksional guru Pendidikan Seni Visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan? ii. Bagaimanakah perisian aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dapat meningkatkan integrasi pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai gaya belajar visual? Batasan Kajian Kajian ini melibatkan guru dan murid di sekolah rendah. Kajian terbatas kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun Empat dan Tahun Lima. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan lapan orang murid Tahap 2. TINJAUAN LITERATUR Kemahiran dan kesediaan guru merujuk kepada guru mahir yang bersedia menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Osman dan Ahmed (2003) untuk mencapai pengajaran yang komprehensif dengan menggunakan TMK guru perlu yakin akan kepentingan dan faedah penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus diberi latihan yang mencukupi untuk menggunakan alat TMK dengan berkesan dan cekap. Hasil kajian JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 18 (BIL.1) 2020 144 menunjukkan bahawa guru yang pernah dan telah mengikuti kursus latihan dalam TMK lebih cekap dan berkebolehan menggunakan komputer dan bersedia melaksanakan pengajaran berbanding dengan guru yang tidak mempunyai latihan (Saamad, 2003). Sutherland et al. (2004) menyatakan bahawa TMK akan meningkatkan pembelajaran sekiranya guru merancang dengan teliti untuk memasukkan aktiviti berasaskan teknologi dalam pengajaran. Tanpa rancangan yang baik pembelajaran berasaskan TMK akan menjadi sia-sia. Murid mesti didorong untuk memahami proses yang terlibat. Lim (2005) mendapati bahawa penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid aktif dalam mencari maklumat dan membina pengetahuan dari maklumat yang diperoleh dengan berpeluang untuk saling berkait antara pengetahuan mata pelajaran tanpa had mengikut masa dan jarak. Berdasar teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran baharu yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, murid membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baharu dengan pengalaman sedia ada supaya dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baharu. Teori konstruktivisme menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan. Pernyataan ini tepat dengan peningkatan menggunakan perisian aplikasi TMK dalam PdP Pendidikan Seni Visual, iaitu menggunakan kaedah konvensional di transformasi kepada kaedah digital yang lebih memberi impak dalam pendidikan semasa. METODOLOGI KAJIAN Kemajuan perisian aplikasi TMK memberi cabaran baharu kepada guru-guru PSV. Kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mengharungi perubahan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Perisian aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran uploads/Litterature/ thesis-guide 2 .pdf
Documents similaires
-
21
-
0
-
0
Licence et utilisation
Gratuit pour un usage personnel Attribution requise- Détails
- Publié le Oct 01, 2022
- Catégorie Literature / Litté...
- Langue French
- Taille du fichier 0.2573MB