PERKAMUSAN BAHASA MELAYU ASLAM CHE JUNAIDI SHAHRIL A.RAHMAN AFIQ AMERI HADI SYA
PERKAMUSAN BAHASA MELAYU ASLAM CHE JUNAIDI SHAHRIL A.RAHMAN AFIQ AMERI HADI SYAHMI HAMZAH PENGENALAN • Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik terapan yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus (Kridalaksana, 1984;144) • Leksikografi merupakan cabang linguistik terapan yang terdiri daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan, dan keterangan unit- unit dalam kumpulan perkataan dan ungkapan dalam satu atau lebih bahasa. • Leksikografi memerlukan bantuan leksikologi. SEJARAH • Leksikografi tidak bermula dengan kamus- kamus bahasa moden tetapi dengan bahasa- bahasa lama terutama sekali bahasa-bahasa seperti Latin, Sanskrit, Yunani dan lain-lain. • Menurut al-Kassimi (1983), kamus bermula bukan sebagai alat teoritis tetapi sebagai alat praktis • Kemunculan leksikografi berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain • Leksikografi Arab muncul pada abad ke-7 kerana sebab-sebab agama. • Kamus mula-mula disusun untuk menerangkan perkataan luar biasa yang terdapat dalam al-Quran dan hadis • Di India pula, bentuk awal leksikografi berkembang melalui nota-nota istimewa yang dibuat mengenai ungkapan-ungkapan luar biasa dalam kesusasteraan klasik India, misalnya karya-karya Veda dan sifatnya ekabahasa • Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M. • Pada tahun 1560, Yang Pin seorang panitera dalam arkib di negara Cina mengumpulkan, menyunting dan menyatukan beberapa senarai kata bahasa Cina- Melayu yang tersimpan dalam arkib tersebut oleh pelaut, pegawai dan pedagang Cina sewaktu dinasti Ming yang pernah belayar ke alam Melayu • Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam. Dalam buku ini terdapat sejumlah 426 kata atau frasa bahasa Itali yang mempunyai 450 padanan kata dalam bahasa Melayu. • Fungsi utama usaha ini adalah untuk kepentingan penyebaran agama Kristian dan perdagangan. • Kandungannya merupakan senarai nama barang, sukatan beras, perkapalan, hasil bumi dan sebagainya TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN • Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan • Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. • Menurut Arbak Othman, penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada kerana gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza ASPEK PENYUSUNAN KAMUS Perancangan • Pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu, dan penentuan prasarana. Siapakah yang terlibat? • Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program perkamusan. Aspek linguistik • Aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya. Pemasaran • Aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk. Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus • Penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting. Bagaimanakah penelitian dilakukan? • Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitia aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan. PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS Keaslian • Kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati. Keperwakilan • Bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benar- benar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak- kanak. Kelayakan • Penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus. • Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan. SEBUTAN • Sebutan ialah cara melafazkan perkataan secara standard. • Menurut Nik Safiah Karim, Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang daripada pelbagai dialek dalam negara ini menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing- masing dan menggunakan variasi berasaskan bahasa Melayu Johor-Riau. • Sebutan baku dalam bahasa Melayu adalah berdasarkan huruf demi huruf iaitu nilai bunyi dalam bahasa kita bukannya loghat ataupun bahasa Inggeris (Datuk Hassan Ahmad, 1988). • Justeru kamus Dewan Edisi Ketiga memuatkan cara-cara sebutan bahasa Melayu yang betul dengan menggunakan simbol diakritik (transkripsi fonetik). • Cara sebutan ini dimuatkan dalam kurungan selepas entri utama kata diletakkan • Contohnya seperti perkataan yang mengandungi e taling diberikan dengan simbol [ é ]. • Namun demikian penggunaan simbol diakritik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tidak menyeluruh. Huruf e pepet [ͽ ] tidak ditandakan dengan simbol diakritik menyebabkan pengguna keliru dalam membunyikan perkataan “semak” yang mempunyai makna homograf iaitu “lalang” dan “meneliti”. ETIMOLOGI (asal-usulkata) • Perkataan “etimologi” berasal daripada bahasa Belanda “etymologie” yang kata akarnya berasal daripada bahasa Yunani “étymos” yang membawa maksud “ilmu sebuah kata”. • Justeru etimologi diertikan sebagai ilmu yang mempelajari tentang perubahan dan perkembangan bentuk kata. • Etimologi yang pada asalnya digunakan dalam Kamus Oxford English Dictionary (1928) : merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. • Sifat-sifat perkataan dan asal usulnya ditunjukkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dengan menggunakan pelbagai kata kependekan. • Hal ini demikian untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu yang sifat-sifat keasingannya dapat menjadi titik permulaan pengkajian terhadap kata-kata pinjaman. • Contoh rujukan etimologi ini seperti kata “Ar” bagi perkataan Arab, singkatan “Mn” bagi perkataan Minangkabau, singkatan “Ml” bagi perkataan Melaka dan pelbagai lagi. • Contohnya pada perkataan “abuya” dalam Kamus Dewan mengandungi etimologi “Ar” iaitu daripada bahasa Arab yang bermaksud “panggilan hormat kepada ayah”. TANDA • Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. • Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis. TANDA BACA SIMBOL DIGUNAKAN titik . Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan. Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk. Untuk menunjukkan angka perpuluhan. Pada akhir singkatan dan kependekan nama seseorang. koma , Untuk mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat. Sebelum tanda pembuka kata dan penutup kata dalam cakap ajuk. Di belakang kata penghubung pada awal ayat. Di belakang kata seru. Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza. Tanda baca lain KEPENDEKAN Secara ringkas, singkatan kata merupakan penyingkatan sesuatu perkataan atau frasa atau • Singkatan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan. Apabila dikaitkan dengan perkataan akan membawa maksud perkataan tertentu yang disingkatkan atau dipendekkan sewaktu menulisnya. • Selain digunakan dalam keadaan biasa, singkatan juga banyak digunakan dalam bidang teknik untuk menggantikan keterangan yang panjang. • Dalam bahasa Melayu, akronim dan kependekan digunakan secara meluas, bukan sahaja dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah, tetapi juga dalam media elektronik, seperti internet. • Persamaan yang ketara antara akronim dengan kependekan ialah kedua-duanya terbentuk daripada gabungan huruf pertama. • Misalnya, ADUN dan JAIS yang merupakan akronim untuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor. DEB dan BSN pula merupakan kependekan untuk Dasar Ekonomi Baru dan Bank Simpanan Nasional. • Walau bagaimanapun, sebutan bagi akronim dan kependekan adalah berbeza. Akronim disebut seperti kata biasa. Singkatan pula disebut huruf demi huruf, misalnya [D.E.B] dan [B.S.N]. • Selain itu, ada juga akronim yang dibentuk oleh gabungan suku kata daripada dua perkataan atau lebih. Sebagaimana akronim, kependekan juga digunakan dengan meluas dalam media cetak dan elektronik. • Ada juga antara kependekan yang biasa digunakan sememangnya berasal daripada kependekan bahasa Inggeris CONTOH Kata Singkatan Maksud b.p. bagi pihak d.a. dengan alamat/di alamat dst. dan seterusnya dll. dan lain lain hlm. halaman tsb. tersebut spt. seperti s.k. salinan kepada u.p. untuk perhatian cth. contohnya GLOSARI Glosari adalah satu senarai istilah dalam bidang ilmu tertentu berserta dengan takrifannya secara ringkas. Biasanya, glosari diletakkan pada akhir sebuah buku yang mengandungi istilah- istilah yang digunakan dalam buku tersebut. Istilah-istilah tersebut sama ada masih baru ataupun tidak lazim penggunaannya. uploads/Geographie/ perkamusan-bm.pdf
Documents similaires










-
34
-
0
-
0
Licence et utilisation
Gratuit pour un usage personnel Attribution requise- Détails
- Publié le Jui 26, 2022
- Catégorie Geography / Geogra...
- Langue French
- Taille du fichier 0.7986MB