Fonemik: kajian linguistik tentang fonem.kamus dewan edisi ke4 Ejaan Fonemik :
Fonemik: kajian linguistik tentang fonem.kamus dewan edisi ke4 Ejaan Fonemik : Istilah ditulis berdasarkan ejaan fonemik menurut sistem ejaan bahasa melayu. Contohnya presiden bukan president. Prinsip Fonemik dalam Bahasa Melayu Kebanyakan orang berpendapat bahawa bahasa Melayu mudah dipelajari. Hujah mereka, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru tiba ke Malaysia dapat bertutur dalam bahasa Melayu dalam tempoh yang singkat. Maka, sudah tentu ada satu ciri bahasa Melayu yang unik. Secara mudah, sistem ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu berdasarkan prinsip fonemik, iaitu "sebut sebagaimana yang dieja, eja sebagaimana yang disebut, dan tiada huruf yang disenyapkan". Prinsip fonemik ini jugalah yang menjadi asas bahasa baku yang pernah dipertikaikan oleh kalangan yang tidak sudi merujuk pakar bahasa. Kini, bahasa baku hanya dikhususkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, sedangkan mata pelajaran lain menggunakan bahasa standard berasaskan sebutan Melayu Johor-Riau. Fonem merujuk kepada sebutan setiap aksara, sama ada vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan. Apa masalahnya untuk menyebut "ada", bukan "ade"? Pernahkah anda menyebut ande (untuk anda), bece (untuk beca), bole (untuk bola), pole (untuk pola), tuale(u ntuk tuala), dan wanite (untuk wanita). Jadi, apa masalahnya? Tambahan pula, penyanyi Malaysia dan Indonesia biasanya mematuhi prinsip fonemik dalam sebutan lirik lagu. Terdapat juga segelintir orang yang sinis terhadap bahasa tentang beza sebutan bau dengan kerbau. Begitu juga kata mereka, mengapa dia disebut sebagai diya, dan buaya disebut sebagai buwaya? Mengapa bilikdisebut sebagai bilek? Dalam semua hukum dan peraturan semestinya terdapat beberapa pengecualian, termasuklah prinsip fonemik. Antara lain ialah: 1. gelunsuran y dan w sepertimana dalam sebutan dia, bau dan buaya; 2. elemen diftong (gabungan vokal) "au" dalam sebutan kerbau, "ai" (balai), "oi" (berbaloi), "ui" (kelui), dan lain-lain; 3. elemen digraf (gabungan konsonan) "kh" (khas, akhir, tarikh), "ng" (ngaum, bengang, menang), "ny"(nyiru, tanya), "sy" (syurga, kusyuk, skuasy), "gh" (ghazal, baligh), dan lain- lain. 4. penyengauan (sebutan sengau untuk m, n, y, ng,ny): maya, menang, nganga, nyonya. Selain itu, terdapat prinsip hentian glotis (glotal stop) yang membawa implikasi bahawa perlunya kesederhanaan dalam sebutan. Bunyi konsonan r dalam perkataan ular perlu dizahirkan dengan jelas, supaya tidak kedengaran seperti ula.Namun, tidak pula perlu dilebih-lebihkan dengan menggetarkan sebutan r secara keterlaluan sehingga berbunyi ularrrrrrrr.. Demikian juga perkataan seperti itik, bilik, cilik, dan licik boleh disederhanakan sedikit supaya lebih dekat dengan sebutan penutur jati bahasa Melayu tempatan sekian lama (seperti dalam kajian sosiolinguistik). Etimologi : Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Misalkan kata etimologi sebenarnya diambil daribahasa Belanda etymologie yang berakar dari bahasa Yunani; étymos (arti sebenarnya adalah sebuah kata) dan lògos (ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari bahasa Yunani ήτυμος (étymos, arti kata) dan λόγος (lógos, ilmu). Etimologi ialah cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata.kamus dewan edisi keempat Antara sumbangan etimologi dalam bahasa Melayu ialah mengenal pasti asal-usul kata bahasa Melayu. Transkripsi (penyediaan) skrip atau teks yg penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau drpd rakaman ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm bentuk lain (mis yg meng- gunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad lain, dll); ~ fonemik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis /pokok/ dan /nyanyi/; ~ fonetik (Lin Transliterasi penukaran huruf (perkataan dsb) drpd abjad sesuatu tulisan (mis tulisan Arab) kpd huruf yg selaras bunyinya dsb dlm abjad sistem tulisan lain (mis Rumi); mentransliterasikan membuat (menye- diakan) transliterasi. Gugus Konsonan Huruf Arab Huruf Rumi Lokasi Unicode Catatan Konsonan ب b ت t ث th ج j ح ḥ/Ḥ 1E25/1E24 H bertitik di bawah خ kh د d ذ dh ر r ز z س s ش sy ص ṣ/Ṣ 1E63/1E62 S bertitik di bawah ض ḍ/Ḍ 1E0D/1E0C D bertitik di bawah ط ṭ/Ṭ 1E6D/1E6C T bertitik di bawah ظ ẓ/Ẓ 1E93/1E92 Z bertitik di bawah ع ' Koma atas غ gh ف f ق q ك k ل l م m ن n و w ه h ء ' Koma atas; kecuali pada awal kata, lihat #Hamzaṯ di bawah ي y ة ṯ 1E6F T bergaris di bawah, lihat #Tā' marbūṭaṯ di bawah Vokal pendek ﹷ a ﹻ i ﹹ u Vokal panjang ā/Ā 0101/0100 A bergaris di atas, lihat juga #Alif māddaṯ ī/Ī 012B/012A I bergaris di atas و ū/Ū 016B/016A U bergaris di atas Diftong ay و aw uploads/Geographie/ fonemik.pdf
Documents similaires










-
35
-
0
-
0
Licence et utilisation
Gratuit pour un usage personnel Attribution requise- Détails
- Publié le Jui 03, 2021
- Catégorie Geography / Geogra...
- Langue French
- Taille du fichier 0.3512MB