ONLINE JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS VOL. 6 NO. 2 (2021) 80-90 © Universiti Tu

ONLINE JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS VOL. 6 NO. 2 (2021) 80-90 © Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office OJ-TP https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp e-ISSN : 2289-7410 Online Journal for TVET Practitioners *Corresponding author: tze@poliku.edu.my 2021 UTHM Publisher. All rights reserved. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp 80 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Bidang Teknologi Kimpalan dalam Ko-Kurikulum di Kolej Vokasional Factors that Influence Welding Technology Students’ Involvement in Co-Curriculum at Vocational College Tze Ching Ong1*, Tengku Mohamad Amer Tengku Mohamad Nazili2, Chee Sern Lai3 1Politeknik Kuching Sarawak, Jalan Matang, Kuching, 93050, MALAYSIA 2,3Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, 86400, MALAYSIA *Corresponding Author DOI: https://doi.org/10.30880/ojtp.2021.06.02.009 Received 14 May 2021; Accepted 16 August 2021; Available online 30 September 2021 Abstract: Co-curriculum is part of the studies program curriculum that involves activities outside of the classroom. There are a few factors influencing students’ involvement in co-curriculum. Nevertheless, within the context of Vocational Colleges, research that focuses on finding out influencing factors for the Welding Technology students’s involvement in co-curriculum is fairly scarce. Therefore, this research was conducted to identify the factors that influence welding technology students' involvement in co-curriculum at a Vocational College in Johor. A total of 101 respondents were invited to particapte in this research. A set of questionnaire that has gone through expert validation and reliability determination process was used for data collection. In general, the results showed that the factors influencing students’ involvement in co-curriculum were at a high level as indicated in the factors of teacher, interest, facilities and academic. Apart from that, the multiple regression analysis revealed that teacher was the only significant factor that influenced students’ involvement in co-curriculum. In conclusion, teachers should be more proactive and play a more effective role in order to make students’ involvement in the co-curriculum in Vocational Colleges more active and meaningful. Keywords: Involvement, co-curriculum, Vocational College Tze et al., Online Journal for TVET Practitioners Vol. 6 No.2 (2021) p. 81-90 81 1. Pengenalan Setiap pelajar wajib terlibat dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum di Kolej Vokasional seperti badan beruniform, kelab, persatuan atau sukan permainan. Ko-kurikulum merupakan satu cara untuk mengasah bakat, menguasai kemahiran insaniah dan mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah (Roslan & Abdul Hamid, 2020). Para pelajar perlu bergiat aktif dan terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan kerana terdapat banyak kebaikan yang diperoleh dalam aktiviti tersebut. Menurut E (2007), pelajar yang cemerlang adalah mereka yang mempunyai pencapaian yang membanggakan dan seimbang dalam kedua-dua aspek akademik serta ko-kurikulum. Pelaksanaan ko-kurikulum di institusi pengajian menghadapi beberapa masalah dan kekangan disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktornya adalah guru di mana sesetengah guru yang menguruskan ko-kurikulum kurang memberi penekanan terhadap kepentingan ko-kurikulum berbanding akademik. Menurut Husain, Yaakob dan Abdul Razak (2017), sikap sesetengah guru yang menganggap aktiviti ko-kurikulum tidak penting berbanding akademik merupakan penghalang kepada pelajar untuk terlibat dalam ko-kurikulum. Selain itu, sesetengah guru menghadapi masalah dalam pengendalian ko-kurikulum seperti kekurangan komitmen, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti ko-kurikulum (Salamuddin, Harun, & Abdullah, 2011). Kajian dariapda Hussin, Don, Mohd Sofian, Daud, Raman, Ismail dan Muhamadul (2014) turut mendapati bahawa masalah yang selalu timbul adalah guru kurang mendapat latihan untuk mengurus dan mengendalikan ko-kurikulum. Selain itu, dalam kes tertentu, penawaran pilihan ko-kurikulum atau kuota untuk aktiviti ko-kurikulum adalah terhad sehingga pelajar terpaksa menyertai aktiviti yang tidak diminati. Menurut Idris dan Yusof (2012), pelajar yang mempunyai minat terhadap aktiviti ko-kurikulum yang dipilih tidak mempunyai sebarang masalah dalam penyertaan aktiviti tersebut, tetapi sebahagian pelajar pula terpaksa menyertai aktiviti ko-kurikulum yang bukan pilihan mereka. Kejadian sebegini menyebabkan objektif sebenar pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum tidak tercapai. Sehubungan itu, pihak pengurusan institusi pengajian perlu melakukan penambahbaikan dalam perancangan ko-kurikulum terutamanya mengenai pilihan aktiviti dan kuota pelajar dalam aktiviti. Menurut Fadzil dan Ahmad (2010), ko-kurikulum yang dirancang dengan baik akan memupuk minat pelajar untuk menyertai ko-kurikulum. Kemudahan ko-kurikulum juga merupakan mempengaruhi penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Terdapat sesetengah institusi pengajian tidak memiliki kemudahan asas yang lengkap bagi melaksanakan aktiviti ko-kurikulum. Kekurangan kemudahan infrastruktur merupakan salah satu penghalang kepada pelajar untuk terlibat dalam ko- kurikulum (Kisango, 2016). Sekiranya institusi pengajian tidak dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang baik untuk melakukan aktiviti ko-kurikulum, pelajar tidak dapat melakukan aktiviti ko-kurikulum dalam keadaan yang selesa dan selamat dan akhirnya ia akan menjatuhkan motivasi dan minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko- kurikulum (Sharifan & Moore, 2020). Penglibatan ko-kurikulum mendatangkan banyak faedah, tetapi pelajar masih kurang berminat untuk menyertainya kerana mereka perlu fokus kepada pembelajaran dan aktiviti sosial di luar kolej sehingga mengabaikan kegiatan ko- kurikulum yang dijalankan di institusi pengajian. Beban akademik yang tinggi seperti tugasan, projek dan ujian menyebabkan pelajar memperuntukkan masa yang banyak untuk menyiapkan tugasan dan membuat persediaan terhadap ujian. Oleh sebab itu, pelajar tidak mampu meluangkan masa untuk menyertai ko-kurikulum (Zainuddin, Daud, & Mohd Nor, 2016). Pelajar masih kurang sedar bahawa penyertaan dalam ko-kurikulum sebenarnya banyak mendatangkan manfaat. Menurut Abdul Samad, Takiyudin, Ismail, Damin dan Omar-Fauzee (2013), pelajar yang menyertai aktiviti Abstrak: Ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti di luar kelas selain daripada subjek akademik yang wajib dipelajari oleh pelajar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum, tetapi kajian tentang penentuan faktor pengaruh terhadap keterlibatan pelajar dalam bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum dalam konteks kolej vokasional masih kurang dilakasnakan. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum di Kolej Vokasional. Kajian ini melibatkan seramai 101 orang responden yang terdiri daripada para pelajar Teknologi Kimpalan di sebuah Kolej Vokasional negeri Johor. Proses pengumpulan data dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah melalui proses pengesahan pakar dan penentuan kebolehpercaya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum berada padat tahap yang tinggi iaitu, faktor guru, faktor minat, faktor kemudahan dan faktor akademik. Manakala, ujian regresi pula menunjukkan faktor guru merupakan faktor dominan yang signifikan yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum. Sebagai kesimpulam, guru seharusnya bertindak lebih proaktif dan memainkan peranan yang lebuh berkesan supaya keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum di Kolej Vokasional lebih aktif dan bermakna. Kata kunci: Keterlibatan, ko-kurikulum, Kolej Vokasional Tze et al., Online Journal for TVET Practitioners Vol. 6 No.2 (2021) p. 81-90 82 ko-kurikulum tidak memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik, malah ia membantu mempertingkatkan pencapaian akademik kerana penyertaan dalam ko-kurikulum menjadikan badan lebih sihat dan minda lebih cergas. Setakat ini, banyak penyelidikan (Kisango, 2016; Mohamad Sari & Esa, 2017) telahpun dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum. Nanum, kajian terhadap pelajar Teknologi Kimpalan di Kolej Vokasional (KV) masih belum dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lain. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan supaya jurang kajian dalam topik ini dapat dikurangkan. KV dijadikan sebagai tumpuan kajian kerana bilangan KV di Malaysia adalah banyak dan ramai graduan dilahirkan oleh KV setiap tahun untuk memenuhi keperluan industri dan pasaran pekerjaan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor dominan yang mempengaruhi para pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam kegiatan ko-kurukulum di Kolej Vokasional. Secara spesifiknya, kajian ini dijalankan untuk mencapai berikut: i. Mengenal pasti tahap penglibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam Ko-kurikulum di Kolej Vokasional. ii. Mengenal pasti tahap bagi faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam Ko-kurikulum di Kolej Vokasional. iii. Menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam Ko-kurikulum di Kolej Vokasional. 2. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Ko-Kurikulum Ko-kurikulum merupakan satu aktiviti yang boleh melibatkan beberapa faktor. Faktor ini menentukan sama ada pelajar tidak boleh dipengaruhi atau boleh dipengaruhi. 2.1 Faktor Guru Menurut Kadir (2009), guru memainkan peranan utama dalam segala aspek yang berkaitan pengajian pelajar. Guru perlu membuat persediaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, menguasai mata pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar, menghasilkan bahan pengajaran serta mengikuti prosedur penyampaian supaya proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, guru juga perlu mengendali aktiviti ko-kurikulum bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum mencapai sasaran yang telah dirancang. Tenaga pengajar atau guru perlu menyiapkan diri dengan kemahiran mengendali aktiviti ko-kurikulum supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik (Hussin, et al, 2014). Pengendalian aktiviti yang baik dan kreatif akan dapat menarik penyertaan pelajar dalam aktiviti tersebut. Tambahan pula, guru perlu sentiasa mempamerkan personaliti yang positif kepada pelajar serta memotivasi pelajar serta memberi penghargaan kepada pelajar terhadap penglibatan mereka dalamko-kurikulum. Pelajar akan lebih aktif menyertai kegiatan ko-kurikulum jika aktiviti yang dikendali adalah menyeronokkan dan penglibatan mereka sentiasa dihargai. 2.2 Faktor Minat Minat merupakan kecenderungan atau keinginan untuk melakukan sesuatu. Menurut Fadzil dan Ahmad (2010), bagi memastikan pelajar dapat menyertai aktiviti ko-kurikulum yang diminati, pelbagaian aktiviti ko-kurikulum perlu disediakan untuk menawarkan pilihan yang lebih banyak kepada pelajar (Esa, Md Yunus & Kaprawi, 2004). Sekiranya pelajar minat dalam sesuatu aktiviti, mereka akan lebih proaktif untuk menyertai aktiviti tersebut. Ini bermakna mereka sudi memperuntukkan masa yang lebih banyak dan komitmen yang lebih tinggi dalam aktiviti yang disertai. Tambahan pula, pihak pengurusan ko-kurikulum seharusnya memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih aktiviti ko- kurikulum yang diminati dan ia adalah merupakan penyumbang terhadap komitmen terhadap penyertaan ko-kurikulum. Melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti yang diminati, pelajar akan mendapatkan kepuasan diri dan hasil penyertaan yang menjadi lebih bermakna. Pelajar akan uploads/Geographie/ ong-et-al-2021.pdf

  • 30
  • 0
  • 0
Afficher les détails des licences
Licence et utilisation
Gratuit pour un usage personnel Attribution requise
Partager