SEBUTAN DAN ETIMOLOGI SEBUTAN Sebutan ialah cara melafazkan perkataan secara s

SEBUTAN DAN ETIMOLOGI SEBUTAN Sebutan ialah cara melafazkan perkataan secara standard. Menurut Nik Safiah Karim, Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang daripada pelbagai dialek dalam negara ini menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing- masing dan menggunakan variasi berasaskan bahasa Melayu Johor-Riau. SEBUTAN Sebutan baku dalam bahasa Melayu adalah berdasarkan huruf demi huruf iaitu nilai bunyi dalam bahasa kita bukannya loghat ataupun bahasa Inggeris (Datuk Hassan Ahmad, 1988). Justeru kamus Dewan Edisi Ketiga memuatkan cara-cara sebutan bahasa Melayu yang betul dengan menggunakan simbol diakritik (transkripsi fonetik). Cara sebutan ini dimuatkan dalam kurungan selepas entri utama kata diletakkan. SEBUTAN Contohnya seperti perkataan yang mengandungi e taling diberikan dengan simbol [ é ]. Namun demikian penggunaan simbol diakritik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tidak menyeluruh. Huruf e pepet [ͽ ] tidak ditandakan dengan simbol diakritik menyebabkan pengguna keliru dalam membunyikan perkataan “semak” yang mempunyai makna homograf iaitu “lalang” dan “meneliti”. ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA) Perkataan “etimologi” berasal daripada bahasa Belanda “etymologie” yang kata akarnya berasal daripada bahasa Yunani “étymos” yang membawa maksud “ilmu sebuah kata”.  Justeru etimologi diertikan sebagai ilmu yang mempelajari tentang perubahan dan perkembangan bentuk kata.  Etimologi yang pada asalnya digunakan dalam Kamus Oxford English Dictionary (1928) : merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA) Sifat-sifat perkataan dan asal usulnya ditunjukkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dengan menggunakan pelbagai kata kependekan. Hal ini demikian untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu yang sifat-sifat keasingannya dapat menjadi titik permulaan pengkajian terhadap kata-kata pinjaman. ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA) Contoh rujukan etimologi ini seperti kata “Ar” bagi perkataan Arab, singkatan “Mn” bagi perkataan Minangkabau, singkatan “Ml” bagi perkataan Melaka dan pelbagai lagi. Contohnya pada perkataan “abuya” dalam Kamus Dewan mengandungi etimologi “Ar” iaitu daripada bahasa Arab yang bermaksud “panggilan hormat kepada ayah”. uploads/Geographie/ sebutan-dan-etimologi.pdf

  • 44
  • 0
  • 0
Afficher les détails des licences
Licence et utilisation
Gratuit pour un usage personnel Attribution requise
Partager